Memuatkan ...

31 Ogos 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Ambang Merdeka 2012


SK TANJUNG RESANG - Pada 30 Ogos 2012, SK Tanjung Resang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Ambang Merdeka bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Seperti sebelumnya, majlis sambutan ini diadakan pada waktu malam. Kehadiran ramai ibu bapa dan murid-murid memeriahkan lagi suasana majlis.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan En. Ibrahim bin Ahmad, Guru Besar SK Tanjung Resang. Seterusnya, ibu bapa dan penduduk Tanjung Resang serta murid-murid menikmati juadah yang telah disediakan. 


Majlis diserikan pula dengan nyanyian lagu-lagu bertemakan kemerdekaan sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-55 dengan tema "Janji Ditepati". Sebelum bersurai, ibu bapa dan murid-murid bersama-sama menunaikan solat Isya'.